Bekas pengarah KEMAS Selangor dipenjara setahun, denda RM10.8 juta

Bekas pengarah KEMAS Selangor dipenjara setahun, denda RM10.8 juta

Bekas pengarah KEMAS Selangor dipenjara setahun, denda RM10.8 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan bekas pengarah di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor daripada empat pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, bekas Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti KEMAS Selangor, Mohd Adnan Md Daud, 59, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen serta disahkan Mahkamah Tinggi atas pertuduhan terbabit, namun pihak pendakwa raya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam bela tertuduh.





Sehubungan itu, Perintah Lepas Bebas daripada dua pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, serta dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut seksyen sama oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang disahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, adalah diketepikan.

Justeru, Mohd Adnan dihukum penjara setahun dan denda RM10.8 juta.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Adnan dipenjarakan enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Adnan didakwa memperoleh rasuah lebih RM68,000 daripada seorang individu, berkaitan pembekalan susu tepung dan serbuk malt coklat kepada syarikat, pada 14 Disember 2016.





Bagi pertuduhan kedua, Mohd Adnan didakwa menerima rasuah kira-kira RM86,000 daripada individu sama, berkaitan pembekalan pelbagai barangan kepada syarikat, pada 7 Januari 2015.

Selain itu, Mohd Adnan didakwa dengan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan hasil aktiviti haram.

Prosiding kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican.

2 beranak terjatuh bot disahkan lemas





Bekas pengarah KEMAS Selangor dipenjara setahun, denda RM10.8 juta


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker