Bengkel terbakar, beberapa kereta turut hangus
Bengkel terbakar, beberapa kereta turut hangus
KOTA KINABALU: Sebuah bengkel membaiki kenderaan hangus dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya, Kepayan, di sini, petang ini.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut memusnahkan beberapa kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu, jam 4.08 petang.
Katanya, 21 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama jentera dan EMRS digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan separuh kekal yang terbakar 60 peratus.
“Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran dan empat pancutan dengan sumber air dari tangki jentera serta pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bengkel terbakar, beberapa kereta turut hangus
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15
- Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?
- Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor
Lawati Laman :
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM