BOB LOKMAN NAK TENANG, POSITIF SAJA

"SEMUA ORANG AKHIRNYA AKAN MATI JUGA"

BOB LOKMAN NAK TENANG, POSITIF SAJA

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, berkata, dalam keadaan sekarang dia kena banyak berehat dan tidak boleh terlalu aktif bergerak kerana cepat berasa penat berikutan kekuatan jantungnya juga hanya tinggal 10 peratus saja.

Mengulas kesihatannya, Bob memberitahu dia juga terpaksa menangguhkan seketika urusan temujanji pemeriksaan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada hujung Jun lalu.

“Saya sekarang, nak tenang-tenang saja. Keadaan penyakit saya, dah memang begini dan tak mahu terlalu banyak fikir lagi. Saya nak terima semuanya dengan hati yang tenang dan positif.





“Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian penyakit dan takdir Tuhan ini. Rawatan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan mati juga.

“Saya patut jumpa doktor pada hujung Jun lalu. Tapi, saya memang cepat penat dan kalau nak ke kereta pun, kena ada orang papah. Malah, untuk bergerak di hospital nanti, kena ada orang tolakkan kerusi roda serta mengusung tong gas bagi bantuan pernafasan saya. Jadi, ia menyusahkan orang lain saja.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Apapun, saya dah berbincang dengan doktor mengenai masalah dialami dan meminta pihak hospital menghantar ubat ke rumah pada setiap bulan melalui pos. Nak berjalan jauh, memang risiko pada keadaan kesihatan saya sekarang,” tuturnya.

Menurut Bob, sekarang dia juga mengambil wuduk di tempat tidur saja dan kalau mahu ke tandas pun, itu hanya sekali sehari kerana memang tidak boleh berjalan banyak dan terlalu aktif bergerak, malah cepat penat.”Sejak Ramadan lalu, saya makan pun sekali sehari, pada awal pagi. Untuk petang dan malam, saya memang dah tak boleh makan sebab tak ada selera. Setiap hari, selera makan saya hanya ada pada awal pagi.





“Saya juga kini semakin bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan anak-anak pun, saya dah beritahu mereka berkenaan hala tuju yang harus dilakukan apabila saya sudah tiada nanti. InsyaAllah, mereka faham,” katanya.

Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Namun, akibat kekangan kewangan dialami dia hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

Sebelum ini, Bob juga pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020 lalu.

Bagi orang ramai dan pihak yang mahu membantu Bob boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.





BOB LOKMAN – KEADAAN JANTUNG SAYA JUGA KINI TINGGAL 10 PERATUS SAHAJA LAGI

BOB LOKMAN NAK TENANG, POSITIF SAJA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker