Bot karam, juragan berenang 6 jam cari bantuan
Bot karam, juragan berenang 6 jam cari bantuan

SEMPORNA: Seorang juragan terpaksa berenang hampir enam jam untuk mendapatkan bantuan selepas bot miliknya yang membawa 11 penumpang karam di kawasan perairan Pulau Mantabuan, dekat sini, petang semalam.
Terdahulu, juragan berusia 46 tahun itu bersama beberapa penumpang sempat mengikat tong minyak kosong di sekeliling bot bagi mengelak ia daripada tenggelam.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, mengesahkan kejadian bot membawa 11 penumpang termasuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) itu karam selepas terlanggar batang kayu terapung di kawasan perairan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika bot dalam perjalanan ke bandar ini dari negara jiran itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
“Selepas terlanggar kayu terapung, bot dinaiki bocor dan dimasuki air sebelum juragan dan beberapa penumpang mengikat tong minyak kosong di sekeliling bot bagi mengelak tenggelam.
“Juragan kemudian berenang hampir enam jam ke Pulau Mantabuan bagi mendapatkan bantuan.
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
“Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pulau berkenaan kemudian menjalankan tindakan menyelamat ke atas semua mangsa sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut mendapati semua mangsa (termasuk juragan) terdiri daripada sembilan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara tiga hingga 79 tahun.
“Juragan bot warga tempatan berusia 46 tahun dan empat PATI ditahan untuk siasatan lanjut masing-masing mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.
Bot karam, juragan berenang 6 jam cari bantuan
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15
- Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?
- Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor
Lawati Laman :
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM