ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI

MIMPI ULAR TEDUNG HITAM & MERAH - 

ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI

ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI

“Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.

“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk.

“Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” itulah kata isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya yang mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.





Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls itu reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini.

ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI

Terdahulu, dia mendedahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam. Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu.





“Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya.

ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI

“Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik. Selepas matikan ia, badan rasa ‘bisa’ sangat. Lalu saya alami keguguran lagi baru-baru ini. Saya anggap kami belum ada rezeki,” ujarnya.

Zul bagaimanapun berdoa dan tetap cari usaha untuk mengekang masalah dari terus dihadapi isteri: “Siapa yang tak rasa kecewa. Cuma kami suami isteri tetap ikhtiar apa yang boleh dibuat (berubat). Pada masa sama kita buat solat minta dipermudahkan, selain amal baca Yasin.

“Perkara tersebut terjadi pada isteri. Ia pengalaman juga buat saya. Saya cuba fahami dan yang penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya. Saya di sisi untuk mengawal keadaan,” katanya lagi.





ELVINA REDA KANDUNGAN CECAH 3 BULAN ALAMI KEGUGURAN

ISTERI ZUL 2 BY 2 ALAMI KEGUGURAN DUA KALI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker