Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor

Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor

Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor

Pengerusi BN Selangor, Noh Omar membuat kejutan yang lebih besar dari kejutan kes Lim Guan Eng digugurkan dahulu dalam Konvensyen BN Selangor baru-baru ini.

Beliau mengumumkan senator Tengku Zafrul dengan rasminya telah dilantik sebagai Bendahari BN Selangor.

Baca di sini:





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/982731/tengku-zafrul-dilantik-bendahari-bn-selangor

Selain dari melantik Tengku Zafrul sebagai Bendahari BN Selangor, Noh Omar juga telah melantik Jamal Yusof sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

Pada pengamatan Edisi Siasat, kami berpendapat, keputusasn rombakan yang dibuat oleh Noh Omar itu berkemungkinan besar tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan pusat.

Dalam artikata lain, Noh Omar membuat keputusan sendiri dan bertindak bersendirian sebelum berbincang dengan kepimpinan pusat.

Pelbagai reaksi timbul dari pengumuman rombakan yang dibuat oleh Noh Omar.





Apa yang dapat Edisi Siasat katakan ialah kesemua respon yang kami terima adalah negatif dan berpendapat tindakan Noh Omar itu akan membuatkan BN berkubur di Selangor dalam PRU 15 nanti.

Dalam ucapan Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi, jelas terselit beberapa mesej yang tersirat.

“Noh Omar (pengerusi BN Selangor) kata ada gula (dibawa), Tengku Zafrul inilah yang akan bawa”.

“Zaman kita telah lepas dan sekarang sudah tiba masa bantu orang baharu untuk jadi calon”.

“(BN) Selangor berubahlah, Noh berubahlah. Saya yakin BN akan menawan semula (Selangor)”.





“Namun retorik sahaja tidak memadai”.

“Kita harus lakukan sesuatu yang luar biasa dan laksana ‘game changer’,” katanya.

Atas Kapasiti Apa Tengku Zafrul Di Lantik Bendahari BN Selangor?

Ramai tertanya-tanya, atas kapasiti apa Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor.

Umum mengetahui, Tengku Zafrul adalah ahli UMNO Lembah pantai dan Lembah Pantai berada dalam Wilayah Persekutuan dan bukannya Selangor.

Ada juga yang bertanya, apakah jasa Tengku Zafrul kepada BN atau UMNO Selangor sehingga diberikan keistimewaan sebegitu.





Apakah semata-mata kerana beliau adalah Menteri Kewangan?

Kalau itu asasnya, bukankah ini akan menimbulkan persepsi bahawa Tengku Zafrul akan menggunakan kedudukan beliau untuk membantu kewangan BN Selangor.

Noh Omar mesti sedar, kerajaan dan parti adalah dua entiti yang berbeza.

Dana kerajaan TIDAK BOLEH disalahgunakan untuk parti, walau atas alasan apa sekali pun.

Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor

Sementara itu, perlantikan Jamal Yunos sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor juga menimbulkan tandatanya.





Bukankah Isham Jalil digugurkan sebagai Ketua Penerangan BN atas alasan jawatan itu tidak ada di dalam perlembagaan BN?

Apakah jawatan Ketua Komunikasi Selangor ada dalam perlembagaan BN?

Ada pula yang mempersoalkan kelayakan Jamal Yunos untuk menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor.

Bagaimana Noh Omar boleh melantik seorang yang sudah kalah dalam kes saman sebagai Ketua Komunikasi?

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/629626

Seorang Ketua Komunikasi bertanggungjawab untuk memberikan penerangan mengenai dasar parti kepada rakyat.

Beliau juga mestilah mampu menjawab segala pertuduhan dan tohmahan parti lawan terhadap UMNO/BN dengan fakta.

Bukannya membuat fitnah dan tuduhan melulu terhadap lawan, atau bertindak di luar etika pemimpin yang berhemah seperti yang pernah jamal Yunos lakukan.

Baca di sini:

1) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/333750/jamal-pecahkan-botol-arak

2) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-yunos-hadir-bertuala-di-suk-mahu-tumpang-mandi-di-pejabat-azmin-ali-126427

Tindakan yang dilakukan Jamal tidak langsung menggambarkan kewibawaan beliau sebagai pemimpin.

Malah menunjukkan sikap tidak matang beliau di dalam politik.

Rakyat akan menjadi keliru dengan dasar dan perjuangan parti.

Apakah UMNO/BN sebuah parti yang boleh rakyat harapkan untuk menyelesaikan masalah atau sekadar sebuah parti yang suka mencari publisiti murahan.

Malah gesaan Jamal suoaya Tengku Zafrul dijadikan ‘poster boy’ BN Selangor juga menimbulkan banyak bantahan dari penduduk Selangor sendiri.

Apakah Jamal tidak tahu Tengku Zafrul antara ahli politik yang paling tidak popular di Malaysia?

Rakyat Selangor masih meluat dengan lakonan Tengku Zafrul yang datang melawat mangsa banjir tetapi bot dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/gambar-bantuan-banjir-tengku-zafrul-cetus-kritikan/

Malah rakyat Malaysia juga masih terlalu marah dengan Tengku Zafrul atas kedegilan beliau enggan membenarkan pengeluaran i-Citra.

Jadi bagaimana seorang Ketua Komunikasi boleh mencadangkan seorang yang menjadi pusat kemarahan rakyat sebagai ‘poster boy’?

Walau bagaimanapun, akar umbi UMNO terutamanya di Selangor jangan terlalu risau.

Jawatan Bendahari dan Ketua Komunikasi BN Selangor bukan tiket atau jaminan untuk dicalunkan dalam PRU 15.

 

Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker