Kembali raih pingat individu selepas 16 tahun

Kembali raih pingat individu selepas 16 tahun

Kembali raih pingat individu selepas 16 tahun
Aksi atlet boling padang negara Siti Zalina Ahmad pada pusingan pertama acara boling padang individu wanita temasya Sukan Komanwel 2022 di Victoria Park. – Foto NSTP/Aswadi Alias

BIRMINGHAM: Peman boling padang berpengalaman negara, Siti Zalina Ahmad kembali meraih pingat individu dalam tempoh 16 tahun pada temasya Sukan Komanwel selepas menewaskan wakil Norfolk Island, Shae Wilson pada aksi penentuan gangsa acara singles wanita edisi Birmingham hari ini.

Atlet kebangsaan berusia 43 tahun itu bangkit daripada kekecewaan selepas tumpas di peringkat separuh akhir, untuk menewaskan pemain Norfolk Island itu 21-10 bagi meraih gangsa di Victoria Park, Leamington Spa di sini.

Terdahulu pada saingan separuh akhir hari ini, Siti Zalina tumpas kepada pemain dari Guernsey. Lucy Beere 15-21.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi pemain Australia, Ellen Ryan, yang menumpaskan Beere 21-17 di pentas final.





Kejayaan meraih gangsa individu itu juga adalah keempat bagi Siti Zalina di temasya Sukan Komanwel selepas memenangi kejuaraan singles pada edisi 2002 di Manchester, England, sebelum mempertahankan gelaran tersebut pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Siti Zalina juga memenangi pingat emas dalam acara pairs bergandingan dengan Emma Firyana Saroji pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Pasangan Malaysia itu akan turun mempertahankan gelaran tersebut dalam acara pairs bermula Selasa ini

– BERNAMA





Wanita ditemui di Sentul bukan Zalina

Kembali raih pingat individu selepas 16 tahun


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker