Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?

Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?

Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?

Sekiranya mengikut MoU antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan, mulai semalam, jeda waktu untuk ‘ceasefire’ PRU 15 sudah tamat.

Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sekarang ini sudah boleh pada bila-bila masa menghadap YDP Agong untuk memohon bubarkan parlimen.

Apabila parlimen bubar, maka dengan sendirinya segala terma dan syarat yang terkandung dalam MoU tersebut akan batal dengan sendirinya.





Persoalannya sekarang, mengapa Pakatan Harapan masih lagi mengulangi peringatan bahawa MoU tersebut masih lagi berkuatkuasa?

Pakatan Harapan sebenarnya mahu supaya Ismail Sabri masih lagi merasa terikat dengan terma dan syarat MoU tersebut.

Sekiranya berjaya maka sudah pasti Ismail Sabri tidak akan membubarkan parlimen dalam jangkamasa terdekat.

Pakatan Harapan Dan Perikatan Nasional Bergelut Sesama Sendiri

Pakatan Harapan kini berada dalam keadaan yang cukup tidak bersedia untuk menghadapi PRU 15.

DAP dan PAN dilihat boleh menerima Dr Mahathir untuk kembali kepada mereka kerana mereka masih yakin Dr Mahathir mampu menarik sokongan pengundi Melayu.





Tetapi ianya tidak boleh diterima oleh PKR, terutamanya Anwar Ibrahim.

Masalah yang dihadapi oleh PKR ialah mereka sudah memberi laluan kepada ‘torjan horse’ Dr Mahathir ke dalam PKR.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ‘comeback’ yang dibuat oleh Rafizi adalah atas tajaan Dr Mahathir.

Baca di sini:

1) https://edisisiasat.online/2022/07/18/rafizi-ramli-di-taja-oleh-mahathir-dan-daim/





2) https://edisisiasat.online/2022/07/22/mahathir-berikan-isyarat-supaya-rafizi-perhebatkan-serangan-ke-atas-anwar/

Kem Anwar bertegas tidak boleh menerima Dr Mahathir dalam khemah besar dan sekiranya khemah besar wujud, Anwar mahu PKR menggunakan lambang sendiri dalam PRU 15.

Manakala kem Rafizi pula mahu supaya PKR bersama-sama merealisasikan idea khemah besar dan sudah tentu ianya bersama Dr Mahathir di dalamnya.

Anwar terbuka untuk menerima PN dalam khemah besar, tetapi ditentang kuat oleh DAP dan PAN.

Manakala dalan PN sendiri, antara PPBM dan PAS sudah mula bermasam muka apabila Muhyiddin mahu membawa PN ke dalam khemah besar.





Keadaan ini tidak boleh diterima oleh PAS kerana mereka tidak boleh menerima PAN.

Perebutan sebagai calon Perdana Menteri masih lagi berlaku antara Dr Mahathir dan Anwar, tetapi kini ditambah pula dengan Muhyiddin Yasin.

Sehingga kini, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masih lagi belum menemui jalan penyelesaian atas kemelut yang mereka hadapi.

MoU Tidak Mendatangkan Apa Apa Kebaikan Untuk Kerajaan Dan Rakyat

Sebab yang kedua adalah, sekiranya MoU ini masih lagi diteruskan, ahli parlimen Pakatan Harapan akan mendapat peruntukan yang sama seperti ahli parlimen blok kerajaan.

Tetapi, walau pun sering mengatakan MoU masih lagi terpakai sehingga parlimen bubar, ahli parlimen Pakatan Harapan sudah beberapa kali melanggar perjanjian tersebut.





Kali pertama apabila mereka menolak usus lanjutan SOSMA apabila dibentangkan kali pertama pada bulan Mac 2022.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/03/24/usul-sosma-di-tolak-di-parlimen-ph-gali-kubur-sendiri/

Kali kedua apabila mereka melakukan perkara yang sama apabila lanjutan SOSMA dibentangkan kali kedua.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/07/27/akta-sosma-di-lanjutkan-tetapi-di-mana-profesionalisma-ahli-parlimen/

Persoalan yang lebih besar, apakah MoU yang ditandatangani itu telah memberikan apa-apa munafaat kepada kerajaan dan rakyat?

Lupakan sahaja MoU tersebut dan kembalikan mandat kepada rakyat secepat mungkin, itulah yang sebaik-baiknya.

 

Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker