Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM
Apabila Dr Mahathir memberikan bayangan akan bertanding semula dalam PRU 15, sudah pasti beliau sudah membuat persiapan.
Baca di sini:
Mungkin pendekatan Dr Mahathir agak berbeza tetapi agendanya tetap sama, mahu menjadi Perdana Menteri semula.
Dr Mahathir sedar, parti Pejuang tidak akan mampu untuk merealisasikan impian beliau untuk kembali mejadi Perdana Menteri.
Berdasarkan keputusan PRN Johor dan ketiadaan akar umbi, tidak mungkin Pejuang mampu bergerak sendiri.
Sekiranya Pejuang bergerak sendirian, harapan untuk Pejuang berkubur, adalah sangat cerah.
Dr Mahathir sedar, beliau memerlukan sokongan beberapa parti politik yang ada untuk mendapatkan bilangan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Untuk bersama UMNO adalah tidak mungkin.
Bukan kerana Dr Mahathir menolak kerjasama dengan UMNO, tetapi akar umbi telah menolak beliau secara total.
Untuk bersama dengan PKR juga adalah mustahil.
Ini adalah kerana Anwar Ibrahim masih lagi menerajui PKR dan pengaruh Anwar di dalam PKR masih kuat.
DAP, PAN Dan PPBM Sudah Bersetuju
Pilihan yang ada ialah DAP, PAN, PPBM dan PAS.
DAP dan PAN dikatakan secara dasarnya sudah bersetuju dengan idea Dr Mahathir.
PPBM pula dikatakan bersetuju dengan kerjasama dengan Dr Mahathir.
Dengan syarat Muhyiddin mestilah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Manakala PAS masih lagi berbelah bahagi sama ada untuk bersetuju atau tidak.
Kita pasti masih ingat lagi, Pengerusi Perikatan Nasional pernah mengumumkan, Perikatan Nasional akan menggunakan logo baharu dalam PRU 15.
Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/975361/pn-akan-perkenal-logo-baharu-muhyiddin
Sebenarnya inilah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dengan logo baharu yang akan digunakan PPBM dalam PRU 15 nanti.
Logo Gagasan Nasional akan menggantikan logo Perikatan Nasional apabila bergabung dalam parti Gagasan Nasional nanti.
Masalah utama ialah PAS masih lagi berbelah bagi dan PPBM serta Pejuang tidak mempunyai kekuatan akar umbi.
Oleh itu Dr Mahathir akan menggunakan 120 NGO sebagai jentera pilihanraya.
Lebih menarik lagi, sebahagian dari kluster Putrajaya UMNO yang yakin tidak akan dicalunkan semula akan turut menyertai Gagasan Nasional.
Perkhabaran yang sampai kepada Edisi Siasat ialah Gagasan Nasional akan Dr Mahathir lancarkan pada 4 Ogos 2022.
Persoalan yang menarik perhatian Edisi Siasat, apakah PKR akan terus disisihkan dari Pakatan Harapan?
Atau mungkinkah akan berlaku perpecahan dalaman PKR?
Kem Anwar dikatakan berkeras tidak bersetuju, manakala kem Rafizi pula dikhabarkan mahu menyertai Gagasan Nasional.
Walaubagaimanapun, kita sama-sama tunggu pelancaran Gagasan Nasional.
Seperkara yang tidak boleh kita lupa ialah walau atas jenama apa sekali pun, mereka tetap mempunyai DNA Pakatan Harapan yang telah menipu rakyat Malaysia.
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa