Malaysia terpaksa puas hati dengan perak
Malaysia terpaksa puas hati dengan perak

BIRMINGHAM: Skuad ping pong wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-3 kepada Singapura pada aksi final temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi.
Pada aksi di National Exhibiton Center (NEC) itu skuad bimbingan Beh Lee Wei kelihatan cuba memberi saingan kepada negara jiran itu, namun tidak berhasil.
Sebaliknya, pada aksi pertama, beregu Karen Lyne-Ho Ying tunduk kepada Zhou Jingyi-Zeung Min, dalam empat set 7-11, 11-4, 11-6 dan 11-5.
Singapura kemudian memastikan kemenangan menjadi milik mereka sekali gus meraih pingat emas apabila Zeng Jian mengatasi Ho Ying 11-3, 11-4 , 8-11 dan 11-5.
Ini adalah kali kedua skuad wanita negara memenangi pingat perak pada temasya Sukan Komanwel selepas di Glasgow 2014.
Kebetulan pada ketika itu, skuad negara juga tewas kepada Singapura dengan keputusan 3-2.
Malaysia layak ke final selepas menewaskan Wales 3-2 pada aksi separuh akhir manakala Singapura menjinakkan Australia 3-0.
Malaysia terpaksa puas hati dengan perak
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15