Misteri bau busuk terjawab
Misteri bau busuk terjawab

BINTULU: Misteri bau busuk merungkai kepada penemuan mayat seorang lelaki di parit tepi jalan di kawasan Batu 7, Jalan Bintulu-Miri pada pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Penguasa Bomba 1, Christus Buson, berkata enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi dinyatakan sejurus menerima panggilan pada jam 10.56 pagi.
“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat mayat seorang lelaki yang belum diketahui identiti berada dalam parit terbabit,” jelas beliau.
Sejurus itu katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa dari dalam parit dengan menggunakan alat pengusung khas dalam masa kurang lima minit.
Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat lelaki terbabit diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
Misteri bau busuk terjawab
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15
- Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?
- Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor
Lawati Laman :
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM