NOOR NABILA PADAM SEMUA GAMBAR SUAMI
STATUS RUMAH TANGGA SEKALI LAGI JADI TANDA TANYA
NOOR NABILA PADAM SEMUA GAMBAR SUAMI
Tindakan kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu usahawan Noor Nabila memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di laman Instagram telah menimbulkan tanda tanya mengenai rumah tangganya.

Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu. Gambar terbaru mereka pada hari raya juga tidak kelihatan, yang tinggal hanya gambar Nabila bersama anak lelakinya, Jebat Jayden.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Nabila ada memuat naik beberapa perkongsian petikan kata-kata seakan memberi gambaran tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila turut memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai serta usaha dalam sebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.
Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, sebelum ini timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka bermasalah. Bagaimanapun, Nabila menafikan dakwaan tesebut serta mengatakan rumah tangga mereka baik-baik sahaja serta usahawan itu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka.
Untuk makluman, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.
NOOR NABILA PADAM SEMUA GAMBAR SUAMI
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Lawati Laman :
Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15