Pekerja kilang maut dilibas batang besi
Pekerja kilang maut dilibas batang besi

KLANG: Seorang pekerja sebuah kilang pembuatan logam dekat sini maut dipercayai akibat dilibas batang besi (billet) sedang diangkat menggunakan kren (OTC) dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mangsa dalam kejadian jam 10 pagi itu adalah lelaki warga tempatan berusia 51 tahun.
“JKKP Selangor mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu. Daripada siasatan awal, JKKP Selangor mendapati mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan ‘tundish’ yang terletak di laluan OTC.
“Selepas meletak billet besi di bahagian sekerap yang diangkat dari tempat pengumpulan, operator OTC menyedari mangsa sudah terbaring dalam keadaan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
“Susulan siasatan berkenaan, JKKP Selangor mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan dan notis larangan serta-merta bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC,” jelas JKKP Selangor.
Disyorkan Untuk Anda :
- PN Tetap Tuntut Jawatan TPM Ketika RUU Anti Lompat Parti Di Bahaskan Di Parlimen
- Presiden China Beri Amaran Keras Kepada Presiden Amerika
- PRU 15: BN Mula Cari Calon Muda, Kluster Putrajaya Makin Kecewa
Menurut kenyataan itu lagi, notis pembaikan turut dikeluarkan untuk mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyelenggaraan jentera.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab atas insiden itu.
“JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya.
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM
Pekerja kilang maut dilibas batang besi
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15
- Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?
- Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor
Lawati Laman :
Mahathir Akan Lancarkan Parti Gagasan Nasional Untuk Kembali Menjadi PM