Sri Pahang kekal rentak kemenangan

Sri Pahang kekal rentak kemenangan

Sri Pahang kekal rentak kemenangan
Penjaga gol pasukan Sri Pahang FC, Mamadou Samassa menghalang cubaan gol daripada pemain KDA FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. – Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Sri Pahang FC mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Dua gol daripada Steven Rodriguez, masing-masing satu pada separuh masa memastikan skuad Tok Gajah mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Namun, pada perlawanan itu pelawat lebih bersedia apabila melancarkan serangan awal menerusi Ronald Ngah, tetapi tandukan pemain import KDA itu sedikit melepasi palang tuan rumah ketika penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa sudah tertewas seawal minit kedua perlawanan.

Dua minit berselang, Abdul Malik Mat Ariff hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi sepakan leretnya berjaya diselamatkan penjaga gol KDA, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.





Pada minit ke-20, Mohd Ifwat Akmal sekali lagi menafikan peluang tuan rumah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pemain import, Manuel Hidalgo.

 

Disyorkan Untuk Anda :


Pemain pasukan Sri Pahang FC, Andres Steven Rodriguez meraikan jaringan golnya, ketika menentang pasukan Kedah Darul Aman FC, pada Saingan Liga Super 2022 di Stadium Darul Makmur. – Foto Farizul Hafiz Awang

Selepas itu, Hidalgo sekali lagi memiliki peluang sama tetapi bola hanya melalui depan gawang lawan pada minit ke-25.

Pada minit ke-31 gol pendahuluan akhirnya menjelma buat Sri Pahang hasil sentuhan penyerang import, Rodriguez.

Keputusan 1-0 kekal pada separuh masa ketika KDA berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan.





Bersambung babak kedua, ketinggalan satu gol menyaksikan KDA menggandakan serangan dalam usaha mencari gol penyamaan ketika tuan rumah kekal bertahan.

Sebaliknya, Rodriguez menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah yang juga kedua peribadi untuk terus memberi tekanan kepada lawan pada minit ke-67.

Pada minit ke-79, tuan rumah hampir menambah gol ketiga tetapi bola sepakan Kevin Ingreso terkena tiang gol sebelah kanan KDA.

Bagi KDA, ia kekalahan kedua berturut-turut dialami selepas tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC pada 27 Julai lalu.

Poland sekat rentak kemenangan Belanda





Sri Pahang kekal rentak kemenangan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker