TFC gagal balas dendam

TFC gagal balas dendam

TFC gagal balas dendam
Penyerang TFC, Kipre Tchetche (kanan) diasak pemain PJ City FC, Zainal Abidin Jamil (dua kanan) pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) gagal membalas dendam kekalahan lalu ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City FC) selepas sekadar seri tanpa jaringan pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) April lalu, skuad PJ City FC melakar kemenangan bergaya 3-0 menundukkan TFC.

Dengan keputusan itu, skuad Penyu melonjak di tangga kelima liga dengan mengutip 17 mata, manakala PJ City FC ke sebelas dengan 12 mata.

Terdahulu, jangkaan 2,360 peminat setia TFC untuk melihat aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan ternyata meleset kerana tidak banyak percubaan tepat dilakukan penyerang skuad Penyu dan The Phoenix.





Sepanjang babak pertama, hanya tiga percubaan tepat dilakukan skuad kendalian Nafuzi Zain pada minit ke-13 dan 32 menerusi kapten, Kipre Tchetche, namun gagal menemui penyudah.


Disyorkan Untuk Anda :


TFC gagal balas dendam

Penjaga Gol PJ City FC, Kalamullah Al Hafiz (dua kanan) menyelamatkan pintu gol dari diasak oleh pemain Terengganu FC, Zainal Abidin Jamil (dua kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. – Foto Ghazali Kori

Begitu juga percubaan pemain sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim pada minit ke-33, gagal disudahkan dengan jaringan oleh Mohd Faisal Halim yang menolak tinggi melepasi palang gol.

Skuad PJ City FC kendalian P Maniam yang mengamalkan corak permainan ‘berkampung’ di kawasan sendiri gagal memperoleh sebarang peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan.

Bersambung babak kedua, TFC yang mendominasi permainan menukar rentak lebih pantas dan hampir memecah kebuntuan menerusi Nik Muhammad Sharif Haseefy pada minit ke-46 dan Mohd Faisal tiga minit berselang, tetapi percubaan dua pemain itu juga gagal menemui jaringan.

TFC gagal balas dendam
Pemain Terengganu FC,  Arif Fazilah  (kanan) diasak pemain PJ City FC, Mohamad Raffi Nagoorani (dua kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. – Foto Ghazali Kori

Menyedari sukar untuk memecahkan kekebalan benteng pelawat, Nafuzi memasukkan Muhamad Syafik Ismail dan Mohamad Rahmat Makasuf bagi menajamkan lagi jentera serangan, namun masih gagal menemui sentuhan jaringan.





Sebaliknya, pelawat hampir di depan menerusi serangan pantas pada minit ke-62, tetapi rembatan penyerang Harimau Malaya, Darren Lok sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol tuan rumah.

Usaha berterusan tuan rumah untuk memburu jaringan hampa kerana kekentalan benteng pelawat dan keputusan muktamad kekal 0-0.

PIALA THOMAS: Peluang skuad negara balas dendam

TFC gagal balas dendam

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker