Xijin padam ciapan amaran mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan

Xijin padam ciapan amaran mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan

Xijin padam ciapan amaran mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan
HU Xijin memadam ciapan mengenai amaran berkemungkinan melancarkan serangan Nancy Pelosi melakukan lawatan ke Taiwan. – BLOOMBERG

CHINA: Pengulas terkemuka China, Hu Xijin memaklumkan sudah memadamkan ciapan mengenai amaran berkemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan sekiranya jet pejuang Amerika Syarikat (AS) mengiringi Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dalam sebarang lawatan ke Taiwan.

Bekas Ketua Pengarang Global Times itu hanya memadamkan ciapan berkenaan selepas Twitter bertindak menyekat akaunnya.

“Saya sudah menyampaikan mesej itu, jika tentera AS menghantar jet pejuang untuk mengiringi Pelosi ketika lawatannya ke Taiwan.

“Maka, tindakan itu akan membawa kepada implikasi besar lawatan demikian ke tahap lain sekali gus mencetuskan pencerobohan,” katanya.





Xijin menerusi ciapan itu turut menegaskan sekiranya Pelosi mengunjungi Taiwan, maka pasukan pesawat pejuang China juga perlu menggunakan segala taktik untuk menghalangnya.

“Sekiranya ia masih tidak berkesan maka saya rasa tidak salah untuk menembak jatuh pesawat Pelosi,” katanya dalam ciapan itu.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Jumaat lalu, Pelosi iaitu sekutu utama Presiden AS, Joe Biden, memberi isyarat beliau akan memulakan lawatan ke Asia.

Pelosi tidak menyatakan akan singgah di Taiwan, namun spekulasi beliau akan melawat wilayah separa autonomi itu yang didakwa oleh Beijing, semakin memuncak sejak kebelakangan ini dan mencetuskan ketegangan di seberang Selat Taiwan.





Khamis lalu, Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada Biden menerusi panggilan telefon Washington akan menanggung akibat jika Pelosi berdegil meneruskan lawatan ke Taiwan.

Katanya, AS perlu mematuhi prinsip China dan `mereka yang bermain dengan api akhirnya akan terbakar’.

Sementara itu, Xijin berkata, beliau terpaksa memadamkan ciapan berkenaan untuk membuka kunci akaun Twitternya.

Akaun itu disekat kerana ciapan terbabit dianggap oleh Twitter sebagai melanggar peraturan platform dan terpaksa dikeluarkan oleh pemegang akaun. – REUTERS

China mulakan latihan ketenteraan di Selat Taiwan





Xijin padam ciapan amaran mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker