Peguam Kanan: 2 Sebab Utama Mengapa Mahkamah Persekutuan Harus Menggugurkan Kes SRC
Peguam Kanan: 2 Sebab Utama Mengapa Mahkamah Persekutuan Harus Menggugurkan Kes SRC
Peguam kanan yang baru dilantik untuk mewakili DS Najib dalam rayuan kes SRC, Datuk Zaid Ibrahim, berpendapat 2 sebab mengapa Mahkamah Persekutuan harus gugurkan kes tersebut.
Menurut Zaid, kedua-dua sebab itu adalah kukuh dan ianya menimbulkan keraguan terhadap hakim Nazlan.
Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib.
Pertama menurut Zaid, dari dakwaan peguambela sebelum ini telah menunjukkan bahawa hakim Nazlan mempunyai kepentingan peribadi’ dalam kes SRC.
Ini berdasarkan jawatan sebagai Setiausaha dan Penasihat Undang Undang Maybank, yang beliau pegang sebelum menjadi hakim.
Dari minit mesyuarat yang mahu dimasukkan sebagai bukti baharu tetapi ditolak, jelas menunjukkan penglibatan hakim Nazlan dengan Maybank Investment.
Malah, hakim Nazlan semasa menjadi Penasihat Undang Undang Maybank juga terbukti mempunyai penglibatan secara langsung dengan cadangan penubuhan syarikat SRC.
Sejarah penglibatan hakim Nazlan dengan Maybank Investment boleh mewujudkan ‘conflict of interest’ dan seterusnya kredibiliti dan integriti beliau berlaku adil dipersoalkan.
Sebab kedua menurut Zaid ialah mengenai dakwaan dan siasatan SPRM ke atas hakim Nazlan yang dikatakan menerima lebih RM1 juta dari sumber yang tidak diketahui.
Edisi Siasat dimaklumkan, dalam siasatan SPRM juga terdedah bagaimana hakim Nazlan direkodkan tidak berkata benar semasa kenyataan beliau dirakamkan.
Sikap Nazlan yang berdolak dalih semasa disoalsiasat oleh SPRM, jelas telah menimbulkan keraguan atas integriti beliau.
Sebagai seorang hakim, beliau sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya tanpa cuba menyembunyikan apa-apa fakta ketika disoalsiasat oleh SPRM.
Namun keputusan akhir, Edisi Siasat serahkan kepada kebijaksanaan hakim Mahkamah Persekutuan untuk menegakkan keadilan dan membuatkan keadilan dilihat telah ditegakkan.
Peguam Kanan: 2 Sebab Utama Mengapa Mahkamah Persekutuan Harus Menggugurkan Kes SRC
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 2.6 Juta: Rakyat Tersenyum Sini Dengan Penafian Mahathir
- Firma Guaman Zaid Ibrahim Bantu Tetuan Shafie Untuk Wakili DS Najib Dalam Rayuan Kes SRC
- Taat Akar Umbi UMNO Kepada Parti, Bukan Pemimpin