Hamzah Jumpa PM Untuk Bincang Pasal TPM Atau Hasrat Masuk UMNO

Hamzah Jumpa PM Untuk Bincang Pasal TPM Atau Hasrat Masuk UMNO

Hamzah Jumpa PM Untuk Bincang Pasal TPM Atau Hasrat Masuk UMNO

Malaysiakini melapurkan, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin akan bertemu dengan Ismail Sabri.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/630722





Malaysiakini membuat spekulasi, agenda pertemuan Hamzah dan Ismail Sabri adalah untuk membincangkan soal perjanjian.

Antara terma penting yang terkandung dalam perjanjian itu ialah jawatan TPM.

Isu jawatan TPM telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Muhyiddin tempuh hari.

Dalam kenyataan rasmi selepas mesyuarat itu, PN telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

  • Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan PM yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.
  • Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui perdana menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

Hamzah mendedahkan mengenai pertemuan itu di persidangan sempena sambutan Hari Dunia Menentang Pemerdagangan Orang.





Terdapat juga perkhabaran yang mengatakan isu menuntut janji hanyalah alasan yang diberikan untuk menutup niat sebenar Hamzah.

Selain dari membincangkan mengenai tuntutan janji, Hamzah juga dikatakan mempunyai agenda peribadi dalam pertemuan itu.

Ismail Sabri adalah salah seorang dari ‘top five’ UMNO.

Hamzah dikatakan mahu meminta supaya Ismail Sabri membincangkan mengenai kemasukan semula beliau ke UMNO dengan kepimpinan UMNO dengan segera.

Hamzah menyedari beliau mempunyai masa yang cukup singkat untuk kembali semula kepada UMNO.





Selepas RUU Akta Anti Lompat Parti diwartakan, beliau akan berhadapan dengan masalah besar untuk membuat U-Turn kepada UMNO.

Hamzah juga sedar, sekiranya beliau masih bersama PPBM dalam PRU 15 peluang untuk menang PRU 15 adalah sangat sukar.

Sama ada benar atau tidak Hamzah akan membincangkan kemasukan semula beliau ke dalam UMNO, tidak dapat dipastikan.

Namun rasional teori ini ada, malah sangat kukuh.

Apa pun kita tunggu kenyataan media yang akan dikeluarkan selepas pertemuan itu.





 

Hamzah Jumpa PM Untuk Bincang Pasal TPM Atau Hasrat Masuk UMNO

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker