MIC Tuntut 9 Kerusi Parlimen Dalam PRU 15
MIC Tuntut 9 Kerusi Parlimen Dalam PRU 15
Menteri Sumber Manusia merangkap Timb Presiden MIV, M Saravanan, menjelaskan PRU 15 akan diadakan selewat-lewatnya 2 bulan lagi.
“Mungkin tak lama lagi, boleh jadi sebulan dua”.
“Apabila sampai masa nanti, buatlah pilihan B iaitu bijaksana”.
Sejarah membuktikan apabila rakyat membuat pilihan tidak betul pada PRU, penjawat awam menjadi mangsanya”.
MIC kekal bertanding dengan di 9 kerusi Parlimen dan 18 DUN seperti dipertaruhkan dalam PRU14 sebelum ini,” jelas beliau.
Baca di sini:
Untuk rekod, dalam PRU 14, MIC mengalami kekalahan teruk dan apabila hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen.
Namun Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan C Sivarraajh di parlimen Cameron Highlands.
Baca di sini:
Menurut penganalisis politik, Anbumani Balan, kekalahan yang memalukan itu berpunca dari kegagalan MIC menangani krisis dalaman.
Keadaan menjadi semakin parah apabila MIC terus berharap kepada pengaruh BN untuk memenangi pilihanraya.
Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/06/435676/mic-di-persimpangan-kritikal
Tidak dapat dinafikan, BN masih memerlukan MIC untuk menarik undi bukan Melayu, terutamanya pengundi India.
Namun, MIC mestilah berusaha lebih gigih untuk mengembalikan kepercayaan pengundi India kepada mereka.
7 kerusi yang MIC tewas dalam PRU 14 telah berjaya dirampas oleh DAP.
Apakah MIC yakin dapat merampasnya dalam PRU 14 nanti?
Sekiranya tidak yakin, adalah lebih baik MIC memberi laluan kepada parti mesra BN yang berteraskan kepada kaum India.
Dalam PRU 15, bukan sahaja calon mesti mempunyai ciri WALI, tetapi parlimen dan DUN juga mesti mempunyai ciri WALI.
MIC Tuntut 9 Kerusi Parlimen Dalam PRU 15
Disyorkan Untuk Anda :
- Isu 1.2 Juta Pelancung China Yang ‘Hilang’, Cara Terbaik Mengesan Mereka Tanpa Menangguhkan PRU 15
- Kenapa PH Masih Mahu Meneruskan MoU?
- Jamal Yunos Tidak Layak Menjadi Ketua Komunikasi BN Selangor
Sebelum MIC tuntut 9 kerusi, MIC wajib beri keyakinan kpd rakan BN serta bertanding di kawasan majoriti kaum india. Jgn harap hanya bertanding dikawasan kaum Melayu sahaja.