Wan Junaidi Enggan Dedah Hasil Siasatan SPRM Terhadap 3 Pemimpin PPBM

Wan Junaidi Enggan Dedah Hasil Siasatan SPRM Terhadap 3 Pemimpin PPBM

Wan Junaidi Enggan Dedah Hasil Siasatan SPRM Terhadap 3 Pemimpin PPBM

Dalam jawaban bertulis kepada Ramkarpal Singh (DAP), Wan Junaidi (PPBM) enggan dedahkan hasil siasatan SPRM ke atas 3 pemimpin PPBM.

Beliau berkata isu ini sedang diteliti oleh SPRM bagi tujuan siasatan mereka.

“Isu ini sedang diteliti untuk siasatan dan SPRM tidak dapat mendedahkan butiran terbabit”.





Ramkarpal bertanyakan, sama ada kertas siasatan sudah dibuka terhadap Mustapa Mohamed, Mas Emiryati dan Noor Azmi Ghazali.

Pergerakan Wira Putra Malaysia sebelum ini membuat laporan meminta SPRM Kuala Lumpur menyiasat 3 pemimpin PPBM itu.

Nama mereka disebut oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dalam prosiding di mahkamah.

DS Zahid memberitahu mahkamah, 3 pemimpin PPBM itu menyertai PPBM kerana mahu selamatkan diri dari disiasat SPRM.

Rakyat faham, butiran siasatan kes yang masih dalam siasatan tidak boleh didedahkan.





Ini adalah kerana ianya akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Namun, kita mahu tahu, apakah kertas siasatan sudah dibuka atau belum?

Sekiranya belum, mengapakah SPRM masih lagi tidak membuka kertas siasatan sedangkan lapuran sudah dibuat.

Dan lapuran yang dibuat adalah berdasarkan keterangan bersumpah di dalam mahkamah.

Wan Junaidi mesti menjelaskan sama ada SPRM sudah membuka kertas siasatan atau pun belum.





Rakyat juga mahu tahu, apakah nama pemimpin PPBM dan UMNO yang dikatakan menerima dana dari UKSB sudah dipanggil SPRM.

Wan Junaidi sendiri memberi jaminan kesemua nama yang disebut itu termasuk Dr Mahathir dan Muhyiddin akan dipanggil SPRM.

Sekiranya belum dipanggil untuk diambil keterangan, apakah ada tangan ghaib yang menghalang?

Jangan dihalang SPRM dari melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kedaulatan Undang Undang MESTI diguna pakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, walau apa pun kedudukan mereka.





 

Wan Junaidi Enggan Dedah Hasil Siasatan SPRM Terhadap 3 Pemimpin PPBM

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker