Mahathir Akui Pejuang Lemah, Lancarkan Usaha Kedua Membunuh UMNO Melalui Gerakan Tanah Air

 

Mahathir Akui Pejuang Lemah, Lancarkan Usaha Kedua Membunuh UMNO Melalui Gerakan Tanah Air

Mahathir Akui Pejuang Lemah, Lancarkan Usaha Kedua Membunuh UMNO Melalui Gerakan Tanah Air

Akhirnya, sebelum ini apa yang dianggap sebagai khabar angin, kini menjadi kenyataan.

Dr Mahathir telah melancarkan gabungan parti politik dan juga NGO untuk ditubuhkan pula Gerakan Tanah Air.





Gerakan Tanah Air akan didaftarkan dalam masa terdekat dengan nama yang dipersetujui itu.

Jawatankuasa penaja Gerakan Tanah Air terdiri dari  Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim; Presiden Putra, Ibrahim Ali; Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Mosin Abdul Razak.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya, dilantik sebagai Ketua Setiausaha.

Gerakan Tanah Air akan bertanding di 120 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan ditandingi oleh UMNO.

Beliau berkata, gagasan itu hanya disertai parti politik berteraskan Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik dan profesional Melayu.





“Ini adalah suatu kumpulan orang Melayu beragama Islam”.

“Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita”.

“Ia bukan bermakna gerakan itu bersifat perkauman sebaliknya ia untuk memberi tumpuan melawan sebuah parti Melayu yang sudah menyeleweng ketika ini”.

“Harap akan dapat sokongan daripada rakyat”.

“Bukan kerana mereka menjadi ahli parti sebaliknya mereka adalah orang Melayu yang curiga dengan masa depan mereka,” jelas Dr Mahathir.





Jangan Menjadi Pengkhianat Kepada Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanah Air.

Edisi Siasat cuma mahu mengulas 2 perkara mengenai pelancaran Gerakan Tanah Air.

Pertama, dengan meminta pertolongan dari pelbagai parti dan juga NGO, adalah sangat jelas Dr Mahathir mengakui Pejuang sudah tidak ada masa hadapan.

Sekiranya Dr Mahathir masih lagi yakin Pejuang masih diterima oleh orang Melayu, tidak mungkin beliau menubuhkan Gerakan Tanah Air.

Dr Mahathir sedar Pejuang tidak mampu menghadapi PRU 15 bersendirian kerana telah ditolak oleh orang Melayu.

Beliau juga sedar, Pejuang tidak mempunyai jentera pilihanraya, lalu jalan terbaik adalah memperalatkan NGO yang akan dikerah dalam PRU 15 nanti.





Kami juga merasa sangat hairan, bagaimana NGO dan parti politik boleh terpesona dengan alasan Dr Mahathir mahu membela bangsa Melayu.

Sedangkan nasib parti Pejuang sendiri pun beliau tidak mampu hendak bela, inikan pula mahu membela nasib bangsa dan negara.

Kedua, walau pun Dr Mahathir tidak nyatakan secara jelas, namun kita semua tahu parti yang beliau maksudkan sudah menyeleweng adalah UMNO.

Ini adalah usaha kedua Dr Mahathir untuk membunuh parti UMNO yang telah memberikan beliau dan keluarga beliau beribu nikmat dan kekayaan dunia.

Hanya kerana tidak mampu menguasai UMNO, maka Dr Mahathir mahu membunuhnya terus.





Harapan Dr Mahathir sekiranya UMNO lemah, maka keseluruhan UMNO akan dapat beliau ‘hijacked’.

Apakah Dr Mahathir lupa, ketika di puncak kuasa bersama Pakatan Harapan dahulu, beliau gagal membunuh UMNO?

Apakah beliau fikir, tanpa apa-apa kuasa, beliau mampu melakukannya?

Sedangkan bah, perahu tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.

UMNO dinobatkan sebagai parti keramat orang Melayu.

Mengapa?

Kerana Allah SWT pasti akan membantu 3.7 juta akar umbi UMNO yang selama ini jujur dan ikhlas berkorban demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Siapa yang mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan tanah air, In Sya Allah, akan mendapat balasan yang cukup setimpal dari Allah SWT.

Lihatlah sendiri keadaan Dr Mahathir sekarang, dan fahamilah apa yang kami maksudkan.

 

Mahathir Akui Pejuang Lemah, Lancarkan Usaha Kedua Membunuh UMNO Melalui Gerakan Tanah Air

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker