Usai Mesyuarat MKT UMNO, PRU 15 Hampir Pasti Di Lakukan Bulan Oktober 2022

Usai Mesyuarat MKT UMNO, PRU 15 Hampir Pasti Di Lakukan Bulan Oktober 2022

Usai Mesyuarat MKT UMNO, PRU 15 Hampir Pasti Di Lakukan Bulan Oktober 2022

Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru sahaja habis mengadakan mesyuarat di PWTC sebentar tadi.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh SUA UMNO, DS Ahmad Maslan, mesyuarat lebih tertumpu kepada jadual mesyuarat UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan PAU.

Peringkat cawangan UMNO di seluruh negara dijangka akan mengadakan mesyuarat bermula dari 15 Ogos hingga 18 September 2022.





Mesyuarat Wanita dan sayap UMNO di peringkat bahagian pula, mesyuarat dijangkan akan diadakan bermula dari 7,8 dan 9 Oktober 2022.

Bahagian UMNO di seluruh negara pula akan mengadakan mesyuarat bermula dari 14, 15 dan 16 Oktober 2022.

Dan terakhir sekali Persidangan Agung UMNO 2022 akan diadakan pada 23 hingga 26 November 2022.

Ahmad Maslan juga mengingatkan kepada semua jentera parti agar memperkemaskan gerak kerja pilihanraya bagi menghadapi PRU 15.

Dari jadual mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan juga pusat, jelas MKT UMNO memberikan petanda bahawa PRU 15 besar kemungkinan akan diadakan sebaik sahaja mesyuarat di peringkat cawangan selesai.





Ini adalah kerana, jarak antara mesyuarat cawangan dan mesyuarat bahagian telah dikosongkan hampir sebulan.

Ini adalah tempuh yang cukup untuk menghabiskan tempuh kempen selama 14 hari sebelum PRU 15.

Dalam artikata lain, mesyuarat peringkat bahagian UMNO hanya akan diadakan selepas PRU 15.

Dijangkakan, Ismail Sabri akan mengadap YDP Agong untuk mendapatkan perkenan baginda bagi membubarkan parlimen sebaik sahaja Dewan Negara tamat bersidang.

 





Usai Mesyuarat MKT UMNO, PRU 15 Hampir Pasti Di Lakukan Bulan Oktober 2022

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker