Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, kami di Edisi Siasat pada awalnya menyokong penuh usaha untuk digubal Akta GEG (Generation End Game).

Dan bila difikirkan kembali logika untuk penggubalan Akta GEG, timbul persoalan.

Mengikut akta yang kita ada sekarang, pembelian rokok dan vape secara terbuka hanya dibenarkan kepada rakyat yang berumur 18 tahun ke atas.





Tetapi apakah dengan wujudnya Akta GEG, maka remaja yang berumur 16 tahun sudah dibenarkan untuk membeli rokok dan vape secara terbuka?

Ini adalah kerana pada pemahaman awal kami, Akta GEG akan dikuatkuasakan ke atas remaja yang lahir pada 2007 dan selepas itu.

Pada tahun ini, remaja yang lahir pada tahun 2007 akan berumur 15 tahun dan adakah abang mereka yang berumur 16 tahun akan ‘dihalalkan’ untuk membeli rokok dan vape?

Tetapi selepas akta itu dibentangkan, baru Edisi Siasat sedar bahawa Edisi Siasat telah salah faham.

Maksud Akta GEG adalah mewujudkan generasi bebas rokok dan vape, dan remaja yang berumur 15 tahun pada tahun ini adalah perintis kepada akta ini.





Kedengaran akta ini sangat bagus dan sememangnya bagus sekiranya ianya benar=benar jujur dan ikhlas untuk membina Malaysia yang bebas rokok dan vape pada masa hadapan.

Mengapa Tiada Perincian Terhadap Akta GEG?

Tetapi pendedahan oleh Facebooker Farhan Akmal telah membuatkan Edisi Siasat mempersoalkan niat sebenar KJ untuk menggubal Akta GEG.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/farhanakmalissid/posts/pfbid02H4Z1qE5AtzXXgmz8HJYCaxFh5qtE9qQJcJMYvxomRZySUXqmkhrcbcLJdTr1HjQnl

Persoalan yang paling besar adalah mengapakah KJ begitu tergesa-gesa supaya akta ini digubal?





Sewaktu pembentangan di parlimen, beberapa orang ahli parlimen mempersoalkan mengapa tiada perincian dibuat atas beberapa perkara ke atas cadangan akta tersebut?

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ianya dilakukan secara tergesa-gesa.

Sebagai contoh, jumlah kompaun yang pada awalnya dicadangkan pada RM5,000, secara tiba-tiba telah diubah kepada RM500!!!

Kuasa yang diberikan kepada penguatkuasa pula dilihat terlalu besar.

Pada bila-bila masa, penguatkuasa boleh merempuh masuk mana-mana premis yang disyaki, termasuk rumah tanpa sebarang waran.





Dan tanpa waran, mereka juga boleh menggelidah premis tersebut, merampas laptop dan talipon bimbit orang yang disyaki.

Timbul persoalan, apakah kesalahan melanggar Akta GEG ini sama besar atau lebih besar dari membunuh sehingga penguatkuasa diberikan kuasa yang sebegitu besar?

Apa Tujuan Sebenar KJ Mahu Akta GEG Di Gubal?

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Tiba-tiba muncul berita, di sebalik Akta GEG yang hendak digubal, ada syarikat yang akan mengaut laba yang cukup besar.

Ada aplikasi yang akan dibangunkan, kononnya supaya perlaksanaan akta ini lebih berkesan.





Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Belum pun akta tersebut diluluskan, proposal berserta peruntukan dana sudah pun disiapkan!!!

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

Malah, Pengerusi syarikat yang akan membangunkan aplikasi tersebut dikatakan adalah kroni KJ!!!

Sebelum ini timbul pelbagai isu apabila KJ membawa masuk aplikasi MySejahtera kononnya untuk mengawal Covid-19.

Kini KJ mahu membawa masuk satu lagi aplikasi.

Apakah kontrak yang akan diberikan kepada syarikat berkenaan secara runding terus?

Kalau secara runding terus, mengapakah tender terbuka tidak dibuat kerana kita tidak lagi berada dalam darurat!!!

KJ mesti memberikan jawapan yang tuntas mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan.

Jangan memperalatkan generasi akan datang semata-mata untuk mengaut kekayaan peribadi!!!

 

Yang Tersurat Dan Tersirat Di Sebalik Kegelojohan KJ Mahu Luluskan Akta GEG

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker