Ugut Tarik Sokongan: Sandiwara Baru PPBM Untuk Lambatkan PRU 15

Ugut Tarik Sokongan: Sandiwara Baru PPBM Untuk Lambatkan PRU 15

Gempar di kalangan warga maya apabila SUA PPBM, Hamzah Zainuddin, menyatakan PPBM mungkin akan tarik sokongan dari Ismail Sabri.

Alasan kenyataan Hamzah adalah kerana Ismail Sabri didakwa enggan menunaikan janji yang dipersetujui sebelum menjadi Perdana Menteri.

Malah hasrat delegasi PN untuk berjumpa Ismail Sabri untuk membincangkan isu itu telah ditolak Ismail Sabri pada saat akhir.





Antara alasan yang diberikan ialah kerana semalam Ismail Sabri perlu menghadiri beberapa siri mesyuarat UMNO.

Ramai yang percaya pada kali ini, Muhyiddin akan benar-benar menekan butang sebagaimana yang beliau nyatakan sejak PRN Melaka.

Namun bagi Edisi Siasat apa yang berlaku tidak lebih hanya sandiwara PPBM supaya PRU 15 ditangguhkan hingga ke akhir penggal.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin sedar, Ismail Sabri menghadapi tekanan yang hebat dari UMNO untuk bubarkan parlimen.

Muhyiddin juga sedar, jangkahayat PPBM sangat bergantung kepada jangkahayat kerajaan hybrid yang dipimpin oleh Ismail Sabri.





Untuk mengurangkan tekanan agar Ismail Sabri bubarkan parlimen ialah Muhyiddin mesti wujudkan persepsi bahawa Ismail Sabri sudah tidak berada dalam kawalan beliau.

Langkah awal dimulakan dengan pendedahan Raja Petra Kamaruddin mengenai 6 dari 9 terma perjanjian antara Ismail Sabri dengan Muhyiddin.

Kemudian dikeluarkan pula kenyataan bahawa kononnya PN merasa kecewa kerana Ismail Sabri tidak bersungguh untuk tunaikan janji.

Langkah terakhir ialah dengan membuat ugutan kononnya PN akan tarik sokongan kerana Ismail Sabri tidak tunaikan janji.

Ini akan membuatkan pihak UMNO berfikir bahawa sekarang ini Ismail Sabri sudah berani menyanggah kehendak Muhyiddin.





Keadaan ini diharapkan supaya UMNO merasakan tiada keperluan untuk mendesak Ismail Sabri bubarkan parlimen.

Kerana Ismail Sabri dilihat sudah mampu keluar dari cengkaman Muhyiddin dan memerintah tanpa kawalan dari PN.

Namun sandiwara ini masih lagi tidak mampu mengaburi mata pemimpin dan akar umbi UMNO.

Mereka tetap dengan pendirian agar parlimen dibubarkan dengan segera untuk memberi laluan kepada PRU 15.

 





Ugut Tarik Sokongan: Sandiwara Baru PPBM Untuk Lambatkan PRU 15

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker